As Salam,
Kejayaan yang dikecapi setiap insan tidak datang bergolek, Sesiapa yang
berusaha untuk mencapainya pasti akan memperolehinya. Hanya usaha yang jitu sahaja akan membuahkan hasil...
TAPI
Lupakan Impian Itu Jika ....

1) Selesa dengan seadanya. Bangun pagi buat kerja seadanya. Selesai melakukan kerja, makan, minum, berborak kosong, menonton TV dan tidur. Itulah rutinnya dan anda tidak mahu melakukan lebih daripada itu.
2) Hidup tidak pernah berubah atau berkembang. Rutin harian anda hanya ala kadar. Kata anda "Cukuplah apa yang ada..."
3) Masih tetap di tempat yang sama dan hasilnya sama. orang lain sudah jauh ke hadapan, tetapi mereka masih pada tahap yang biasa-biasa. Tidak bergerak walau seinci pun.
4) Hanya tunggu dan lihat. Namun walau sudah lihat pun, hanya sekadar melihat. Tidak lakukan apa-apa. Masih duduk di situ.
5) Malas bergerak dan berusaha. Kepada mereka yang bersikap sebegitu, jangan dengkikan kejayaan orang lain kerana mereka telah berusaha kuat. Kejayaan hanya untuk mereka yang berusaha kuat sahaja. Bukan untuk si pemalas
6) Takut untuk membuat sesuatu keputusan yang bagus untuknya. Dirinya berfikir akan dua hal iaitu "bagaimana jika aku gagal, dan bagaimana pula setelah aku berjaya nanti?" Dirinya amat takut jika gagal dan amat takut juga jika terlalu berjaya.
7) Melakukan kerja hanya ala kadar. Nanti buat lebih-lebih, ada orang kritik pula. Sentiasa berfikiran negatif.
8) Tidak mahu turut serta berjuang dalam hal-hal yang besar walaupun dirinya mampu. Ini kerana mereka tidak berani menanggung sebarang risiko.
9) Ilmu tidak akan bertambah kerana tiada usaha yang jitu. Malas untuk pergi belajar seperti ke kursus, bengkel, seminar dan sebagainya. Membaca buku sahaja tidak mencukupi, anda perlu pergi berguru atau mencari ilmu yang lebih untuk mencapai sesuatu matlamat
10) Sempit pengalaman kerana tidak mahu berjalan jauh. lebih selesa berada di sofa yang empuk, menonton TV bersaiz besar, sambil minum dan makan yang sedap-sedap. Jika boleh, tidak mahu keluar rumah terlalu kerap. Tidak memberi faedah katanya
11) Hanya mampu menjadi tukang kritik terhebat. Hanya pandai berkata-kata tapi tidak jujur pada diri sendiri. orang yang mengkritik tiada apa-apa, yang dikritik pula menjadi berjaya. Orang yang banyak mengkritik sebenarnya kosong! Ada benarnya juga fakta ini!
12) Selain menjadi pengkritik terhebat, mereka juga gemar mempengaruhi orang lain agar jangan hidup berisiko dan jangan buat sesuatu yang di luar skop kerja dan bidang yang diceburi
13) Takut menanggung risiko. Jika boleh, hidupnya mahu zero risiko. Akibatnya, diri di takuk lama.
14) Tidak mampu membuat keputusan yang tepat dan muktamad. Kadangkala tindakannya itu membuatkan dia seperti yo-yo!
15) Hidup selalu di dalam kegelisahan kerana takut. Takut gagal, takut dikritik, takut disisihkan, atkut keputusan ditolak dan takut segala-galanya. hidup dibayangi oleh bayang-bayang sendiri.
16) Suka mencari kesalahan orang lain agar dengkinya terubat. Apabila dijumpai kesalahan orang terutama orang yang telah berjaya, disebar-sebarkan kepada orang lain
17) Tidak dapat berbuat apa-apa jika terjadi sesuatu. Orang-orang penakut sebegini biasanya hanya mampu dilindungi, tetapi tidak mampu melindungi orang lain. Ini kerana, selama ini mereka hanya selesa dalam zon mereka sahaja
18) Sering bersikap defensif iaitu setiap kali orang lain menasihati mereka, ada sahaja yang mereka akan katakan untuk mempertahankan diri mereka. Bak kata pepatah, "menegakkan benang yang basah"

19) Sukar untuk menerima nasihat orang lain. Atau, jika mendengar nasihat pun, ia tidak membawa mereka ke mana-mana kerana perasaan takut itu telah menguasai mereka melebihi perasaan yang lain.
20) Sering mencari dan membuat alasan untuk mengelak daripada terlibat melakukan sesuatu yang mereka takut, walaupun perkara atau peluang itu boleh mengubah hidup mereka.
Lots Of Love
Nuraini
016-6864874
nuraini_niny@yahoo.com